Keramat Home Keramat Driver Keramat Mp3 Keramat Special Mp3 Keramat Follower

Keramat

Wednesday, March 12, 2008

Sofaz - Kepantasanku

Sofaz muncul dengan album terbaru- Kepantasanku, sebuah album yang menarik dngan single pertama `Bukan Di Sini'' menjadi pilihan. Anda boleh mendapatkannya di pasaran sekarang!

Sofaz, yang dianggotai oleh Ameer(vokalis), Syah (gitar Utama), Fairouz ( Bass), One (drum), Zimi (gitar kedua dan vokal kedua) dan Rodie (Keyboard) masih terus bersama dan album kali ini juga berkonsepkan `free pop''.

Album kali ini jelas menunjukkan kematangan bukan sahaja dari sego vokal penyanyi utama tetapi pemilihan lagu dan susunan lagu yang dilakukan.Lagu-lagu di dalam album kali ini juga lebih agresif dan hebat jika dibandingkan dengan album-album terdahulu.

Tuesday, March 11, 2008

Imran Ajmain - Dengan Secara Kebetulan

Imran Ajmain, Satu nama yang kini perlu diberi perhatian!Penyanyi dari Singapura kini semakin popular di bumi Malaysia gara-gara single `berhantu' beliau berjudul Seribu Tahun. Dengan album berjudul `Dengan Secara Kebetulan'', Imran Ajmain bakal membina nama di negara ini berbekalkan vokal dan album yang hebat!

Tersenarai di dalam album `Dengan Secara Kebetulan' ini 16 trek lagu dan 5 bonus trek termasuk lagu instrumental. Album ini tambah menarik kerana terselit antara lagu-lagu ini pantun-pantun yang indah dialunkan oleh Imran dengan nada penuh asyik. Di tambah lagi dengan vokal beliau yang pada pendapat peribadi saya unik dan bertenaga.

Seribu Tahun adalah single pertama yang ditulis oleh Imran Ajmain dan Taufik Batisah. Sebuah lagu balada yang indah dengan susunan muzik yang hebat.
Anuar Zain - Anuar Zain 2007

Setelah hampir 5 tahun tanpa album baru, Anuar Zain muncul dengan sebuah album hebat yang pastinya dinanti-nantikan oleh peminatnya.

Album terbaru Anuar Zain ini menggunakan komposer dari Malaysia dan juga dari Indonesia. Antara komposer-komposer tempatan adalah seperti Azalea, Sharon Paul, Jenny Chin dan Omar K sementara dari negara seberang adalah seperti Numata, Irwan Simanjuntak, Tengku Shafick, DJ Sumantri, Tohpati dan ramai lagi.

Secara keseluruhan album ini dihasilkan dengan begitu berhati-hati apatah lagi bajet untuk menghasilkannya dikatakan agar besar juga. Single pertama beliau `Lelaki Ini'' kini sedang meniti ke puncak singgahsana Carta di radio-radio tempatan dengan begitu cepat sekali. Sekali mendengarnya , hati sudah tertawan bukan sahaja kerana melodinya yang indah malah liriknya yang mendalam.

Vokal Anuar juga bertambah baik dan dengan adunan muzik yang hebat, suara latar yang cukup perencahnya, single Lelaki Ini pastinya akan kekal di dalam carta untuk jangka masa yang lama.
Mila - Persis Mutiara

Mila AF5 muncul dengan album Persis Mutiara. Menarik untuk dimiliki.

Setelah menggenggam trofi juara wanita pertama Akademi Fantasia 5, gadis kecil molek dari Pulau Pinang, Mila terus melangkah maju ke hadapan dengan kemunculan album penuh berjudul Persis Muitara.

Menariknya album ini kerana kemantapan vokal Mila yang mengagumkan.
Setelah single pertama Persis Mutiara meletakkan Mila sebaris artis-artis baru popular, single keduanya Mila Bila Cinta, memperkukuhkan lagi kedudukan beliau.

Single ketiga yang dipertaruhkan oleh Mila adalah Aku Lebih Tahu juga ciptaan Ajai dan lirik oleh Lolog (Allahyarham).