Keramat Home Keramat Driver Keramat Mp3 Keramat Special Mp3 Keramat Follower

Keramat

Tuesday, August 18, 2009

Welcome To Keramat Downloader

Dato Siti Nurhaliza - Lentera Timur


LENTERA TIMUR merupakan album terbaru Dato' Siti Nurhaliza yang telah pun dipasarkan, mengetengahkan konsep tradisional kontemporari. Album ini amat bermakna buat Siti dan juga para peminatnya kerana selepas kemunculan album Sanggar Mustika, Siti hanya mengahsilkan album berkonsepkan pop selama beberapa tahun.

Kerinduan peminat akan terubat dengan penghasilan terbaru menerusi album Lentera Timur yang membawa maksud lampu atau cahaya timur. Justeru pemilihan tajuk amat memberikan peranan kerana Siti mahu mengangkat muzik budaya bangsa dalam arus permodenan supaya terus menjadi cahaya kepada muzik nusantara atau timur.

Lebih bermakna, 9 buah lagu dalam album ini dihasilkan menerusi bengkel Cipta Ekspres MACP-Berirama Malaysia Bersama Siti Nurhaliza yang diadakan Januari tahun ini. Kesemua lagu ini dihasilkan dalam tempoh 3 hari oleh beberapa komposer dan penulis lirik ternama negara. Dua buah lagu lagi yang dipilih ialah ciptaan Katon Bagaskara dan Pak Ngah menjadikan sebelas lagu dalam album ini.

Lagu-lagu yang dimuatkan dalam album ini ialah Di Kayangan Kita (Johari Teh / Keon), Bintang Malam (Johan Nawawi/Amran Omar), Cinta Ini (Katon Bagaskara)Ada Masa Mata (M.Nasir/Ad Samad),Bulan Yang Mesra (Khairil Johari Johar/Zubir Ali), Seloka Budi (Adnan Abu Hassan/Azam Dungun), Rasa Antara Kita (Khairil Johari Johar/Zubir Ali), Senyum Minang Manis (Zul Mahat/Abot), Joget Menanti Kasih (S.Atan/Habsah Hassan), Di Taman Teman (Fauzi Marzuki/Hairul Anuar Harun) dan Jelmakanlah Ayumu (Pak Ngah).

Thursday, August 14, 2008

Zahid - Zahid Baru 08


Zahid muncul dengan album baru berjudul Zahid Baru 08. Dapatkannya di pasaran.

Zahid masih terus aktif menyanyi dengan kembalinya beliau bersama-sama album baru berjudul Zahid Baru 08.

Seperti biasa tersenarai 8 lagu-lagu menarik peminat-peminat mereka.

Antara lagu-lagu yang tersenarai ialah Baru, Hadir Dirimu, Kau, Secukup Rasa dan Cinta Untukmu. Single `Baru'' sudahpun diputarkan dicorong-corong radio tempatan.

Nampaknya irama pop rock seakan serasi dan sesuai dengan vokal beliau dan Zahid perlu memberi tumpuan untuk genre itu.

Jika anda mendengar keseluruhan album ini vokal beliau jelas matang sematang usianya.

Saya berpendapat bahawa sekiranya lebih banyak pendedahan dan publisiti untuk Zahid, beliau pasti akan kekal di dalam industri yang semakin merudum ini.

Diantara penerbit-penerbit yang menerbitkan album ini ialah Ajai, Audi Mok, Qalam, Cat Farish dan The Designers. Album ini diedarkan oleh EMI Malaysia.

Sementara daripada aspek kulit album, ianya begitu menarik dengan latar belakang kota di waktu malam.

Anak muda yang punya vokal yang baik ini sewajarnya diberi perhatian apatah lagi kita semakin kekurangan penyanyi lelaki yang memiliki vokal yang mantap

Saturday, April 12, 2008

Saidatul Erma - Kerna Cinta

KERNA CINTA album kedua Saidatul Erma, artis SRC. Sebuah album menarik untuk didengar.

Setelah pupular dengan single `Pernahkah Kau Menghargai' Saidatul Erma muncul dengan album kedua berjudul `Kerna Cinta''. Masih mengekalkan pop balada, Saidatul berharap agar album keduanya mendapat sambutan daripada para peminat.

Lagu "Kerna Cinta." adalah nyanyian duet antara Saidatul Erma dan Are-meer SOFAZ. Lagu tersebut telah mula diputarkan diradio-radio. Single pertama ini adalah sebagai promosi bagi memperkenalkan semula Saidatul Erma.

Tersenarai 12 lagu di mana terdapat 6 lagu baru, 1 lagu versi "cover", dan 5 lagu dipetik semula dari album pertama. Kesemua lagu-lagu yang dimuatkan adalah ciptaan komposer-komposer yang cukup hebat,antaranya Adnan Abu Hassan, Aiman, LY, Johari Teh, Helen Yap, Zuriani, Sharon Paul dan Tito Soermarsono (komposer Indonesia).

Lain-lain lagu yang boleh anda dengar adalah seperti Janji Cinta ciptaan Adnan Abu Hassan, lirik oleh Layla Ismail, lagu lama Tiru Macam Saya, Cinta Mu Hilang oleh Sharon Paul dan lirik daripada M. Zulkifli dan Bila Putus Cinta, ciptaan dan lirik oleh Tito Soemarsono.

Sunday, April 6, 2008

Rabbani - Rabbani 1418-1428

Kumpulan nasyid yang masih bertahan Rabbani, muncul dengan sebuah album kompilasi berjudul Rabbani 1418-1428H bersempena dengan penglibatan mereka selama 10 tahun di dalam industri muzik tempatan.

Album ini turut mengundang 2 penyanyi tersohor- Amy Search dan Mawi untuk sama-sama menjadikan album ini sebuah album yang hebat dan perlu dimiliki.

Tersenarai di dalam album 1418-1428H ini 20 buah lagu dengan beberapa surah dan hadis diselitkan menambahkan keunikan album terbaru Rabbani.

Antara lagu-lagu yang terkandung di dalam album ini adalah seperti Mentari Merah di Ufuk Timur yang merupakan duet Rabbani bersama Amy Search, Saksi, juga lagu duet dan kali ini bersama Mawi, Satu Qiblat yang sama, lagu hit mereka, Intifada, Pergi Tak Kembali dan banyak lagi.

Anda juga boleh mendengarkan surah-surah dan hadis seperti surah Yasin Ayat 65, hadis Riwayat Al Tirmizi, Surah Al A Raaf, hadis riwayat Al Tabarani dan lain-lain.

Jangan ketinggalan untuk mendapatkan album Rabbani ini kerana ia sebuah album kommpilasi yang menarik untuk didengar dan dihayati setiap makna lirik-liriknya.

Wednesday, March 12, 2008

Sofaz - Kepantasanku

Sofaz muncul dengan album terbaru- Kepantasanku, sebuah album yang menarik dngan single pertama `Bukan Di Sini'' menjadi pilihan. Anda boleh mendapatkannya di pasaran sekarang!

Sofaz, yang dianggotai oleh Ameer(vokalis), Syah (gitar Utama), Fairouz ( Bass), One (drum), Zimi (gitar kedua dan vokal kedua) dan Rodie (Keyboard) masih terus bersama dan album kali ini juga berkonsepkan `free pop''.

Album kali ini jelas menunjukkan kematangan bukan sahaja dari sego vokal penyanyi utama tetapi pemilihan lagu dan susunan lagu yang dilakukan.Lagu-lagu di dalam album kali ini juga lebih agresif dan hebat jika dibandingkan dengan album-album terdahulu.

Tuesday, March 11, 2008

Imran Ajmain - Dengan Secara Kebetulan

Imran Ajmain, Satu nama yang kini perlu diberi perhatian!Penyanyi dari Singapura kini semakin popular di bumi Malaysia gara-gara single `berhantu' beliau berjudul Seribu Tahun. Dengan album berjudul `Dengan Secara Kebetulan'', Imran Ajmain bakal membina nama di negara ini berbekalkan vokal dan album yang hebat!

Tersenarai di dalam album `Dengan Secara Kebetulan' ini 16 trek lagu dan 5 bonus trek termasuk lagu instrumental. Album ini tambah menarik kerana terselit antara lagu-lagu ini pantun-pantun yang indah dialunkan oleh Imran dengan nada penuh asyik. Di tambah lagi dengan vokal beliau yang pada pendapat peribadi saya unik dan bertenaga.

Seribu Tahun adalah single pertama yang ditulis oleh Imran Ajmain dan Taufik Batisah. Sebuah lagu balada yang indah dengan susunan muzik yang hebat.
Anuar Zain - Anuar Zain 2007

Setelah hampir 5 tahun tanpa album baru, Anuar Zain muncul dengan sebuah album hebat yang pastinya dinanti-nantikan oleh peminatnya.

Album terbaru Anuar Zain ini menggunakan komposer dari Malaysia dan juga dari Indonesia. Antara komposer-komposer tempatan adalah seperti Azalea, Sharon Paul, Jenny Chin dan Omar K sementara dari negara seberang adalah seperti Numata, Irwan Simanjuntak, Tengku Shafick, DJ Sumantri, Tohpati dan ramai lagi.

Secara keseluruhan album ini dihasilkan dengan begitu berhati-hati apatah lagi bajet untuk menghasilkannya dikatakan agar besar juga. Single pertama beliau `Lelaki Ini'' kini sedang meniti ke puncak singgahsana Carta di radio-radio tempatan dengan begitu cepat sekali. Sekali mendengarnya , hati sudah tertawan bukan sahaja kerana melodinya yang indah malah liriknya yang mendalam.

Vokal Anuar juga bertambah baik dan dengan adunan muzik yang hebat, suara latar yang cukup perencahnya, single Lelaki Ini pastinya akan kekal di dalam carta untuk jangka masa yang lama.